Tuesday, 5 November 2013

Dapatan & Cadangan

Saya sebagai pelajar praktikal yang telah tamat menjalani latihan indutri di Yayasan ini ingin memberikan sedikit dapatan dan cadangan terhadap YPKDT untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada pada yayasan ini.

Dapatan

Setelah saya tamat menjalani latihan industri di yayasan ini banyak yang saya pelajari tentang perihal pengurusan pejabat. Penyelia saya dan staff yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan mereka sendiri tidak keberatan meminta saya untuk melontarkan idea saya sendiri untuk membantu mereka. Setiap perkara yang mereka berikan kepada saya sangat berguna dan membantu saya menyesuaikan diri terhadap alam pekerjaan yang sebenar kelak. Pangkat ataupun jawatan yang dipegang tidak menjadi persoalan dikalangan mereka untuk dijadikan halangan memberi tunjuk ajar kepada saya. Sejujurnya mereka melayan saya dengan baik sekali. Cuma disini saya ingin memberikan beberapa pendapat terhadap tingkahlaku dan penggunaan masa. Antaranya ialah:

  1. Sepanjang pemerhatian saya di yayasan ini, pekerja lebih banyak menggunakan masa bekerja untuk melakukan kerja sosial mereka contohnya mengambil masa yang lama hanya untuk bersarapan dan keluar sesuka hati tanpa ada sebarang tugas kerja.
  2. Ada segelintir kakitangan di yayasan ini menggunakan waktu bekerja sebagai waktu untuk berjumpa dengan kekasih dan terlalu taksub dengan penggunaan wechat ataupun whatsapp sehinggakan mengabaikan tugas yang perlu mereka selesaikan.


Cadangan

Walaupun saya hanya pelajar praktikal di yayasan ini tidak salah saya ingin memberikan cadangan untuk memperbaiki kekurangan yang ada pada yayasan ini. Antaranya ialah:

  1. Tingkahlaku seseorang kakitangan itu akan mencerminkan jabatan yang mereka beerkhidmat, jika tingkahlaku mereka kurang sopan maka ia akan memberi kesan yang buruk terhadap jabatan. Contohya penggunaan masa yang tidak sistematik dan sambil lewa, perkara ini tidak seharusnya terjadi kerana pekerja mengambil terlalu lama masa hanya untuk bersarapan. Sepatutnya Pengarah atau Ketua Eksekutif disetiap jabatan perlu memantau pekerja mereka dan menghadkan masa untuk bersarapan dan masa itu boleh digunakan untuk fokus terhadap kerja masing-masing.
  2. Pengguanaan media sosial juga perlu diambil kira kerana ada sesetengah pekerja yang terlalu asyik dengan penggunaanya sehingga mengabaikan tugasan mereka. Pekerja seperti perlu diberikan teguran dan nasihat kerana jika dibiarkan ianya akan memberikan kesan pada jabatan.

No comments:

Post a Comment