Tuesday, 5 November 2013

Kesimpulan

Setelah menjalani latihan industri ini, saya telah mempelajari pelbagai pengetahuan yang baru mengenai pengurusan dan cara bekerja yang sebenar di pejabat. Disini saya mempraktikkan apa yang telah saya belajar semasa di Politeknik iaitu dengan mengikuti segala cara pengurusan pejabat. Selain itu saya dapat melihat perkembangan samasa dalam hal-hal pentadbiran iaitu bagaimana cara mengendalikan mesyuarat, cara membuat surat, menyemak dokumen dan lain-lain lagi. 

Disamping itu, saya dapat belajar cara berkomunikasi dengan  para pekerja sama ada dari pihak bawahan atau atasan yang terlibat dalam jabatan ini.Memahami kerenah-kerenah pekerja disini dan mengambil apa yang ditegur sebagai satu sesi pembelajaran yang baru. Dengan tunjuk ajar yang diberikan banyak mematangkan saya dan membuka ruang kepada saya untuk merasai sendiri keperitan dan kegembiraan bekerja.


Akhir sekali, latihan industri ini adalah sangat bagus supaya pelajar dapat memahami dan  belajar cara kehidupan diluar kampus dan memprktikkan apa yang telah dipelajari. Saya disini ingin memohon maaf jika ada kelakuan atau percakapan saya menyinggung perasaan para pekerja di yayasan ini. Sesungguhnya yayasan ini memang yang terbaik.

Dapatan & Cadangan

Saya sebagai pelajar praktikal yang telah tamat menjalani latihan indutri di Yayasan ini ingin memberikan sedikit dapatan dan cadangan terhadap YPKDT untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada pada yayasan ini.

Dapatan

Setelah saya tamat menjalani latihan industri di yayasan ini banyak yang saya pelajari tentang perihal pengurusan pejabat. Penyelia saya dan staff yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan mereka sendiri tidak keberatan meminta saya untuk melontarkan idea saya sendiri untuk membantu mereka. Setiap perkara yang mereka berikan kepada saya sangat berguna dan membantu saya menyesuaikan diri terhadap alam pekerjaan yang sebenar kelak. Pangkat ataupun jawatan yang dipegang tidak menjadi persoalan dikalangan mereka untuk dijadikan halangan memberi tunjuk ajar kepada saya. Sejujurnya mereka melayan saya dengan baik sekali. Cuma disini saya ingin memberikan beberapa pendapat terhadap tingkahlaku dan penggunaan masa. Antaranya ialah:

  1. Sepanjang pemerhatian saya di yayasan ini, pekerja lebih banyak menggunakan masa bekerja untuk melakukan kerja sosial mereka contohnya mengambil masa yang lama hanya untuk bersarapan dan keluar sesuka hati tanpa ada sebarang tugas kerja.
  2. Ada segelintir kakitangan di yayasan ini menggunakan waktu bekerja sebagai waktu untuk berjumpa dengan kekasih dan terlalu taksub dengan penggunaan wechat ataupun whatsapp sehinggakan mengabaikan tugas yang perlu mereka selesaikan.


Cadangan

Walaupun saya hanya pelajar praktikal di yayasan ini tidak salah saya ingin memberikan cadangan untuk memperbaiki kekurangan yang ada pada yayasan ini. Antaranya ialah:

  1. Tingkahlaku seseorang kakitangan itu akan mencerminkan jabatan yang mereka beerkhidmat, jika tingkahlaku mereka kurang sopan maka ia akan memberi kesan yang buruk terhadap jabatan. Contohya penggunaan masa yang tidak sistematik dan sambil lewa, perkara ini tidak seharusnya terjadi kerana pekerja mengambil terlalu lama masa hanya untuk bersarapan. Sepatutnya Pengarah atau Ketua Eksekutif disetiap jabatan perlu memantau pekerja mereka dan menghadkan masa untuk bersarapan dan masa itu boleh digunakan untuk fokus terhadap kerja masing-masing.
  2. Pengguanaan media sosial juga perlu diambil kira kerana ada sesetengah pekerja yang terlalu asyik dengan penggunaanya sehingga mengabaikan tugasan mereka. Pekerja seperti perlu diberikan teguran dan nasihat kerana jika dibiarkan ianya akan memberikan kesan pada jabatan.

Laporan Teknikal

Saya telah diberikan tugas untuk menyiapkan senarai Aset Alih Kerajaan di bahagian pentadbiran.

Senarai Aset Alih Kerajaan

Setiap aset yang diberikan pekerja perlulah direkodkan dan diletakkan nombor pendaftaran untuk memudahkan proses pelupusan dan pencarian jika berlaku kehilangan. Setiap Aset Alih YPKDT yang ada pada setiap staff perlu direkodkan dan disimpan sebagai bukti penerimaan barang tersebut.
Saya perlu melengkapkan senarai Aset Alih YPKDT (KEW.PA-7) mengikut Pekeliling Perbendaharaan  Bil.5 Tahun 2007.

Senarai aset yang berada di dalam bilik Ketua Eksekutif

Bagi Aset Alih YPKDT yang bertulisan merah adalah merujuk kepada perubahan kedudukan aset dimana aset yang digunakan diambil dari bilik yang lain. Kuantiti aset yang berada di dalam setiap bilik atau ruangan pejabat perlu dikira bilangannya untuk memastikan tiada kehilangan atau kecurian. Setiap Aset Alih YPKDT juga perlu diletakkan nombor pendaftaran untuk memudahkan proses pengiraan atau pencarian jika berlaku kehilangan kerana setiap aset kakitangan telah diletakkan nombor pendaftaran masing-masing dan telah direkodkan.

Contoh Aset Alih YPKDT yang telah diletakkan nombor pendaftaran.

Selepas itu senarai Aset Alih YPKDT yang telah siap akan dilekatkan pada setiap bilik kakitangan dan disahkan oleh Pegawai yang bertanggungjawab terhadap Aset Alih YPKDT.





Minggu Kedua Puluh

Pada minggu yang 20 ini dimana minggu yang terakhir saya menjalani latihan industri di YPKDT ini. Saya tidak diberikan banyak tugasan pada minggu yang terakhir ini, tetapi saya telah membantu untuk mengemas dan membersihkan stor dimana penyimpanan barang yang akan dilupuskan dikumpulkan.
Seterusnya saya menghadiri majlis perpisahan saya yang telah diadakan untuk meraikan saya sebagai pelajar praktikal yang akan menamatkan latihan industri di YPKDT.



Majlis perpisahan dan penyampaian cenderahati
Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini adalah semangat setia kawan dan hormat menghormati banyak memberi kita manfaat dan kebaikannya.

Impak dan kesannya, setiap perkara yang kita lakukan pasti ada kekurangannya dan dari situ kita akan belajar untuk memperbaikinya.


Minggu Kesembilan Belas

Telah masuk minggu yang ke 19 saya menjalani latihan industri dan tugasan saya pada minggu ini adalah menyemak senarai tugas staff. Selepas itu senarai tugas yang telah siap disemak dihantar ke Pegawai Sumber Manusia untuk disahkan.

Senarai tugas yang telah disemak
Saya juga telah diberikan untuk binding laporan yang akan dibentangkan ke dalam mesyuarat tahunan dan menyusun mengikut kedudukan yang betul.

Laporan yang sedang di binding
Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini adalah cara penyemakan senarai tugas dengan mengikut format yang betul.

Impak dan kesannya, setiap kertas yang ingin di binding perlulah disusun dengan betul bagi mengelakkan kerosakan pada kertas apabila selesai di binding. Sekian, terima kasih.


Minggu Kelapan Belas

Pada minggu kelapan belas ini saya bersama-sama Encik Azharudin iaitu pembantu am rendah melekatkan setem pada setiap surat yang inginkan diposkan. Saya juga telah diminta untuk mengahantar surat dan buku terbitan YPKDT ke semua jabatan yang terdapat di Kota Iskandar ini. Saya juga ditugaskan untuk mengemas stor bilik seminar yang akan diubahsuai untuk dijadikan pejabat baru YB.
Saya telah mengikuti majlis membudayakan al-Quran yang dilakukan di YPKDT ini.

Majlis membudayakan al-Quran

Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini adalah dapat melihat keadaan dan suasana pejabat jabatan kerajaan yang lain.

Impak dan kesannya, setiap majlis atau program yang dianjurkan haruslah dihadiri bagi menghormati individu yang menganjurkan majlis itu. Sekian, terima kasih.

Minggu Ketujuh Belas

Telah masuk minggu ke 17 saya menjalani latihan industri di YPKDT. Antara aktiviti yang saya lakukan pada minggu ini adalah melawat YPKDT daerah Pontian untuk memeriksa aset, menulis nombor pendaftaran pada aset dan mengenalpasti aset yang perlu dilupuskan.



Aset yang akan dilupuskan
Saya juga membantu menyediakan dokumen yang akan dibawa masuk ke dalam mesyuarat bajet tahunan dengan memfotostat mengikut jumlah yang diperlukan.

Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini adalah cara penyusunan dokumen untuk didalam bilik mesyuarat dan jenis-jenis dokumen yang perlu ada semasa mesyuarat.

Impak dan kesannya, tidak semua kertas kerja yang dilakukan bagi mengusulkan sesuatu perkara itu akan diluluskan, ini kerana ianya bergantung kepada bajet yang masih ada dan mencukupi bagi menampung kos perkara tersebut. Sekian, terima kasih.

Minggu Keenam Belas

Pada minggu ke 16 ini saya telah diberikan tugas untuk melekatkan penanda nombor pada setiap helaian kad petak untuk memudahkan proses pencarian jika diperlukan.

Kad petak yang telah dilabel nombor 

Seterusnya saya juga telah melawat YPKDT Daerah Mersing dan Kota Tinggi bagi memeriksa, menulis nombor pendaftaran pada aset dan mengenalpasti aset yang perlu dilupuskan.

Aset yang telah diletakkan nombor pendaftaran dan aset yang akan dilupuskan

Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini adalah cara mengasingkan barang yang ingin dilupuskan dan merekodkan ke dalam senarai pelupusan aset.

Impak dan kesannya, setiap barangan yang ingin dilupuskan perlu di periksa dahulu bagi memastikan aset itu sudah rosak atau boleh digunakan lagi. Sekian, terima kasih.


Minggu Kelima Belas

Pada minggu yang ke 15 ini saya telah melawat YPKDT Daerah Segamat bagi memeriksa aset, menulis nombor pendaftaran pada aset dan mengenalpasti aset yang perlu dilupuskan.


Aset yang akan dilupuskan
Seterusnya, saya ditugaskan untuk memeriksa dan mencatit stok ke dalam kad petak (KEW.PS) yang menggunakan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009. Tujuan ini adalah untuk merekod keluar masuk penggunaan barang stok.

Kad petak
Seterusnya saya  meraikan hari lahir staff YPKDT dan majlis perpisahan pelajar praktikal dari Kolej Universiti Islam Melaka.

Majlis perpisahan dan sambutan hari lahir

Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini adalah cara pengiraan stok mengikut kiraan yang betul berdasarkan jumlah barang ada.

Impak dan kesannya, setiap aset yang tidak lagi boleh digunakan akan dilupuskan dan digantikan dengan yang baru. Sekian, terima kasih.



Minggu Keempat Belas

Pada minggu ke 14 ini saya telah diberikan tugas untuk menghancurkan kertas dengan menggunakan mesin shredder.

kertas yang akan dihancurkan
Tugasan yang seterusnya adalah mencatit keluar masuk surat ke dalam kertas minit dan saya juga ditugaskan untuk fotostat beberapa dokumen untuk diberikan kepada ketua eksekutif.

Kemahiran yang saya perolehi pada minggu ini adalah, setiap dokumen yang telah difotostat perlu disimpan didalam bagi penggunaan di masa akan datang.

Impak dan kesannya, setiap salinan dokumen yang telah difotostat perlulah jelas dan tidak kabur sehingga tidak dapat dibaca. Sekian, terima kasih.

Minggu Ketiga Belas

Telah masuk minggu yang ke 13 dan saya telah mengikuti program seminar kaunseling peringkat negeri Johor bertempat di Kompleks Islam Johor Bharu. Seminar ini dianjurkan oleh YPKDT dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dan penceramah untuk seminar ini adalah pensyarah dari UTM. Saya telah membantu menjual buku terbitan YPKDT sendiri dan membantu mengemas segala peralatan setelah program ini berakhir. Saya juga telah membantu Encik Ghazali mengemas bilik beliau untuk diperiksa oleh audit.

Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini adalah cara berfikir sebagai orang yang bijak melalui seminar kaunseling yang diadakan.

Impak dan kesannya, bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu tugasan itu akan menjadikan tugasan lebih tersusun dan cepat disiapkan. Sekian, terima kasih.

Minggu Kedua belas

Pada minggu yang ke 12 ini  saya telah ditugaskan untuk menyusun dan memasukkan maklumat peribadi bagi pemohon jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat ke dalam sistem. Saya telah menyusun senarai nama yang telah terpilih untuk ditemuduga dan menyusun mengikut gred masing-masing.


Senarai nama calon temuduga
Seterusnya saya telah mengikut staff YPKDT ke Bukit Indah untuk mengahadiri majlis rumah terbuka. Saya juga telah membantu Puan Haiza iaitu pegawai tadbir(kewangan) memotong kertas bayaran gaji pekerja untuk ditampal ke dalam buku log.

Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini adalah cara pemilihan jawatan mengikut gred dan kelayakan yang telah ditetapkan.

Impak dan kesanya, setiap pemilihan jawatan perlu dilakukan dengan teliti bagi memilih calon yang layak sahaja memegang jawatan tersebut. Sekian, terima kasih.

Minggu kesebelas

Telah masuk minggu yang kesebelas saya menjalani latihan industri di yayasan ini. Pada minggu ini aktivit yang telah saya lakukan adalah mengikuti program membudayakan al-Quran bersama kakitangan YPKDT.
Seterusnya saya bersama-sama staff YPKDT bergotong-royong melakukan persiapan untuk majlis perasmian surau dan sambutan aidilfitri. Tugasan saya yang seterusnya adalah menghancurkan kertas menggunakan mesin shredder.
mesin shredder

Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini adalah dapat belajar cara mengedalikan sesebuah majlis dan cara menggunakan mesin shredder.

Impak dan kesanya, segala kerja yang berkaitan dengan sesebuah majlis perlulah dilakukan dengan tersusun untuk memastikan majlis itu berjalan dengan lancar. Sekian, terima kasih.

Sunday, 3 November 2013

Minggu Kesepuluh

Minggu yang kesepuluh ini saya telah ditugaskan untuk menyusun dan mengemaskini Aset Alih YPKDT dengan melengkapkan  KEW.PA-7 mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007. Tugasan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kedudukan aset dan memudahkan proses pencarian jika berlaku kehilangan atau kerosakan.



Aset Alih YPKDT (KEW.PA-7)

Seterusnya saya menolong fotostat beberapa dokumen untuk di bawa masuk ke dalam mesyuarat dan menyusun segala keperluan untuk mesyuarat.

Mesin fotostat
Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini adalah setiap aset yang berada didalam sesebuah pejabat perlu direkod untuk memudahkan pengiraan dan pencarian jika berlaku kerosakan atau kehilangan.

Impak dan kesanya, segala kerosakan dan kehilangan barang milik YPKDT perlulah dimaklumkan dan direkod.




Friday, 1 November 2013

Minggu Kesembilan

Pada minggu kesembilan ini adalah minggu yang sangat meriah kerana sepanjang minggu ini banyak rumah terbuka yang dilakukan oleh kakitangan YPKDT. Saya bersama kakitangan yayasan ini bersama-sama menziarahi rumah terbuka yang telah mereka adakan. Sesungguhnya kenikmatan bulan Syawal kali ini amat berbeza kerana saya menyambutnya sebagai seorang pelajar praktikal dan saya amat gembira sekali.

Majlis rumah terbuka dan marhaban
Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini adalah kepentingan silaturrahim sesama manusia dan kewajipan kita untuk menjaganya.

Impak dan kesannya, dapat merasai pengalaman beraya bersama kakitangan YPKDT dan merasai pelbagai jenis juadah. Sekian, terima kasih.